Alumni UiTM Perlis Malaysia

think of alumni, think of giving back...

Bantuan Banjir


Jom kita bantu mereka sama-sama terutama rakan-rakan Alumni kita!
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun di bawah dan dibuka sehingga 31 Disember 2021 :
Nama : Persatuan Alumni UiTM Perlis
Nombor Akaun : 564089508912
Bank: Maybank
Slip deposit/transfer boleh dihantar melalui Whatsapp atau telegram (Ref: banjir)👇🏻
Rokiah 019-3800330
Sarah 013-3574117
Linda 012-2392968
Farahah 012-3003688
Pada masa yang sama, sila hubungi mana-mana AJK di bawah untuk maklumkan butiran mana-mana Alumni UiTM Perlis

Read more...

TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5

Ayuh Alumni UiTM Cawangan Perlis!


Jom sama-sama kita membantu.
HANYA DENGAN SATU KLIK ANDA KINI BOLEH MENYUMBANG KEPADA TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5 ‘KELANGSUNGAN PENGAJIAN MAHASISWA’ #alumniUiTMprihatin (TAHUN 2021)


Tabung RM5 Alumni UiTM #alumniuitmprihatin telah diperkenalkan oleh Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM pada bulan Oktober 2020.


Read more...

Kunjungan Hormat Ke Atas Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA

Kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM telah berlangsung pada 27 April 2021 bertempat di UiTM Shah Alam. Dihadiri oleh Presiden Persatuan, Naib Presiden, Mantan Presiden dan Mantan Setiausaha.

Perjumpaan bertujuan menyampaikan ucapan tahniah persatuan di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah serta memberi sedikit penerangan tentang perkembangan Persatuan Alumni UiTM Perlis


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 11, PERSATUAN ALUMNI UITM PERLIS

Tarikh : 10 April 2021
Masa : 2 petang
Venue : Dewan Seroja, Tingkat 1, Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Mohamed Azahari Mohamed Kamil Mantan Penasihat persatuan yang juga Ahli Seumur Hidup. Mesyuarat dijalankan secara hybrid (fizikal dan maya - zoom meeting).

Turut hadir ialah Penasihat 3 Persatuan, Tuan Haji Abd Latiff Mohd Tahir.
Read more...

NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 11

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UiTM Perlis, Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung ke 11 seperti yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

Borang pengesahan kehadiran AGM ke 11 yang akan berlangsung pada Sabtu hadapan (10 April 2021) boleh di akses BORANG PENGESAHAN 

Senarai ahli yang aktif pula boleh di akses SENARAI AHLI  


Notis Mesyuarat Agung Ke 10

Y.B. Y.Bhg. Dato/Datin, Tuan-tuan & Puan-Puan

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Ingin dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UiTM Perlis, Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 10 secara online. Butir-butir adalah seperti berikut seperti lampiran surat rasmi ini.


Pengesahan kehadiran adalah melalui Whatsapp. Click disini atay image dibawah


Penaung Alumni UiTM Perlis dianugerahkan gelaran Tun

Tahniah diucapkan kepada Penaung Persatuan Alumni UiTM Perlis Tun Dr Arshad Ayub kerana dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Read more...

ALUMNI THE RETURN

Sukacita kami ingin menjemput semua Alumni UiTM Cawangan Perlis untuk sama sama memeriahkan Program Alumni the Return yang akan diadakan pada 21-22 Mac 2020 di UiTM Cawangan Perlis.

Antara program adalah:
1. Charity Lunch (RM50 per seat/RM400 per table)
2. Alumni Amazing Race
3. Alumni Woodball
4. Bazar RM1

(Boleh pilih untuk sertai Charity Lunch sahaja. Namun begitu, kita galakkan juga untuk join program lain (jika berkelapangan).

Read more...

BUDI WILAYAHKU HALF MARATHON 2020 PUTRAJAYA

Budi Wilayahku Half Marathon Putrajaya 2020 menyasarkan penglibatan dan himpunan alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) terbesar bersama pelari tempatan dan juga antarabangsa.

Lebih signifikan , larian itu akan dimasukkan dalam kalendar acara tahunan Hari Wilayah Persekutuan.

Pengarah programnya adalah Tuan Haji Shamsul Baharin bin Mohd Hanafiah yang merupakan mantan Presiden Persatuan Alumni UiTM Perlis.

Program juga adalah dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Read more...

Seminar Perakaunan di UiTM Perlis

Seminar yang bertajuk "Seminar Perakaunan di Era Globalisasi - Menguasai Kemahiran Abad Ke 21" telah diadakan pada 30 November 2019 bertempat di Dewan Kuliah 6, UiTM Perlis. Tuan Haji Mohd Zuber bin Abu Bakar, AJK Biro Kerjaya persatuan bertindak selaku penyelaras program. Penceramah terdiri dari Encik Rudy dan Encik Amri dari KISMEC (Kedah Industrial Skills and Management Development Centre). Turut hadir Prof. Dr.


Read more...

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 91

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-91 (5 - 7 Oktober 2019) Shah Alam. Presiden Persatuan Alumni UiTM Perlis, Tuan Haji Mohd Daud bin Dahar telah hadir mewakili persatuan ke majlis tersebut pada 5 September 2019 di UiTM Shah Alam






Program Memperhebat Potensi Diri

Program berlangsung selama 2 hari pada 28 dan 29 September 2019 di UiTM Perlis. Ia adalah kerjasama di antara Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) , UiTM Perlis dengan Biro Perhubungan, Ekonomi dan Kerjaya, Persatuan Alumni UiTM Perlis. Penceramah terdiri dari Tuan Haji Azlan bin Yusof dan Tuan Haji Mohd Zuber bin Abu Bakar dari pihak Persatuan Alumni sendiri.


Read more...

Sesi bersama Persatuan Alumni UiTM Perlis

Tarikh : 22 Julai 2019, Isnin.
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Semarak dan Dewan Cengal di UiTM Perlis.

Program bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru UiTM Perlis kepada Persatuan Alumni.








Majlis Jalinan Muhibah Alumni - Staf UiTM Perlis

Tarikh : 21 Julai 2019, Ahad.
Masa : 2.30 petang
Tempat : UiTM Perlis.

Perjumpaan di antara AJK Persatuan Alumni dengan pihak pengurusan UiTM Perlis telah diadakan bertujuan untuk membincangkan halatuju dan kerjasama di antara keduanya






Sambutan Aidilfitri & Silaturrahim 2019

Persatuan Alumni UiTM Perlis Malaysia telah akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri & Silaturrahim seperti berikut

Tarikh: 29 Jun 2019 (Sabtu)
Masa: 5 petang - 10 malam
Tempat: ZAQ Interior (Waze)
3.169390, 101.605156 (GPS)

Ramai yang telah hadir dan memeriahkan majlis sambutan tersebut.

#KitaGebangGebang












AGM 2019 dan aktiviti-aktivitinya...

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni UiTM Perlis 2019

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni UiTM Perlis 2019 telah berlangsung pada 6 April 2019 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penasihat 1 Persatuan, Dato' Wira Othman bin Aziz. Ianya juga turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohamed Azahari bin Mohamed Kamil (Mantan Penasihat) dan Tuan Hj Abd Latif bin Mohd Tahir ( Penasihat 3 Persatuan).


Read more...

28/03/2019 News Flash

Assalam and greeting guys!

In conjunction with Mesyuarat Agung Tahunan year 2019, lots of exciting activities coming soon next month on 6th April 2019. We have...

  • Golf Amal
  • Cari Harta Karun Amal
  • Nak spend time buat networking sambil pekena teh pun ada woo!

So tunggu apa lagi, keterangan aktiviti ada di gambar.




Majlis Jamuan Silaturrahim Persatuan Alumni UiTM Perlis pada 14 Julai 2018

Majlis telah berlangsung di Laman ZAQ, Damansara Perdana pada hari Sabtu, 14 Julai 2018.          

Alumni dari pelbagai kursus berserta keluarga telah hadir memeriahkan majlis yang sememangnya dianjurkan bertujuan untuk menghubung dan mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara sesama mereka dan juga Persatuan.










Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Assalammualaikum..kpd semua alumni UiTM Perlis kami dengan besar hati menjemput sahabat2 semua hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Persatuan Alumni UiTM Perlis pada hari Sabtu depan 14 Julai 2018.minta tolong hebahkan juga kepada kawan2 dlm group tuan2 & puan2..jom jadikan majlis ini untuk kita menyambung dan mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara kita..

Terima kasih..


05/06/2018 News Flash

SUMBANGAN KELENGKAPAN SOLAT

Sumbangan telah disampaikan kepada wakil dari 27 masjid dan surau di sekitar negeri Perlis termasuk Pusat Islam UiTM Perlis. Sumbangan adalah hasil dari "Kempen Infaq Satu Alumni Satu Set Kelengkapan Solat" yang telah dilancarkan pada 9 April 2018 oleh Persatuan. Ianya berlangsung selama 3 minggu dengan tarikh akhir menerima sumbangan ialah pada 30 April 2018. Sumbangan adalah berupa telekung, sejadah, kain pelikat dan juga selipar.


Read more...

Program Pembiayaan Usahawan

Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 8 juga Persatuan telah menganjurkan Taklimat Usahawan yang telah disampaikan oleh wakil dari TERAJU, Encik Aizat bertajuk "Program Pembiayaan Usahawan".

Taklimat ini terbuka kepada alumni dan anak-anak mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.[TERAJU ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.]

Boleh rujuk website http://www.teraju.gov.my/ untuk maklumat lebih lanjut.



Mesyuarat Agung Tahunan ke 8 Persatuan Alumni UiTM Perlis

Mesyuarat Agung Tahunan ke 8 Persatuan telah berlangsung pada Sabtu, 31 Mac 2018, jam 3 petang di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara.

Ianya telah dirasmikan oleh Datuk Mohamed Azahari Bin Mohamed Kamil , Ahli Seumur Hidup dan juga Mantan Penasihat Persatuan. Datuk juga adalah Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Turut hadir ialah Penasihat Ketiga Persatuan, Tuan Hj Abdul Latiff bin Mohd Tahir.







Kem Bina Semangat/Jati Diri di Sedim Vista

Kem Bina Semangat/Jati Diri di Sedim Vista, Kulim, Kedah pada 8-10 Disember 2017 telah disertai oleh 100 orang pelajar dan 10 orang kakitangan UiTM Perlis. AJK Biro Latihan & Kerjaya telah membantu mengendalikan program "Talk" untuk memberi pendedahan kepada pelajar di dalam industri pengilangan dan membantu dalam meningkatkan usaha mereka untuk menjadi pemimpin.


Read more...

Mesyuarat AJK yang lepas

Mesyuarat AJK telah dijalankan pada tarikh seperti di bawah :

Pertama - 25 November 2017, Sabtu.
Kedua - 27 Januari 2018, Sabtu.
Ketiga - 1 Mac 2018, Khamis.






22 December 2017 News Flash

Kepada Ahli Alumni Uitm Perlis... 

Dimaklumkan bahawa mulai dari 22 Disember 2017 Skim Khairiat Kematian Ahli (berbayar yuran tahunan) terpaksa diberhentikan kerana pihak Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah menamatkan Skim pelan khairat kematian.

Jawatankuasa Alumni sedang berusaha mendapatkan skim khairat kematian atau perlindungan Insuran Hayat yang bersesuaian dengan kadar yuran tahunan .


Read more...

Hari Terbuka ICAN 2017

Hari Terbuka ICAN 2017 telah berlangsung pada 18 November 2017 di UiTM Arau, Perlis. Ianya adalah anjuran Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN), UiTM Perlis. Pelbagai program telah dirancang melibatkan warga UiTM Perlis, masyarakat, alumni juga pihak industri.

Pihak Persatuan telah diwakili oleh Presiden Ahmad Shamsul Baharin bin Mohamad Hanafiah, Setiausaha Zarina Ahmad, Penasihat Persatuan Dato' Wira Othman bin Aziz serta sebahagian AJK hadir ke majlis tersebut.


Read more...

Majlis Makan Malam Persatuan Alumni UiTM Perlis "Malam Bintang Lagenda"

Majlis telah berlangsung di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Kg Janda Baik, Bentong, Pahang pada 28 Oktober 2017.

Para jemputan yang hadir terdiri dari alumni dan keluarga juga wakil dari UiTM Perlis. Manakala tetamu kehormat ialah Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub, Penaung Persatuan. Tidak ketinggalan juga Mantan Rektor UiTM Perlis Dato' Dr. Ahmad Redzuan Hj. Abd. Rahman dan Rektor sekarang Tuan Zailuddin Ariffin







Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 7 Persatuan Alumni UiTM Perlis

Mesyuarat Agung Tahunan tahun ini telah berlangsung pada Sabtu, 28 Oktober 2017, 3 petang di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Kg Janda Baik, Bentong, Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Prof Dr Zaini Abdullah, Timbalan Naib Cancelor (Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) - UiTM.

Majlis turut menyaksikan pemilihan baru bagi Ahli Jawatakuasa sessi 2017 - 2019.


Read more...

Kejohanan Golf Persatuan Alumni UiTM Perlis Sempena Mesyuarat Agung Kali ke 7

Kejohanan Golf Persatuan Alumni UiTM Perlis Sempena Mesyuarat Agung Kali ke 7 telah berlangsung di Berjaya Hills Golf & Country Club, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang pada 28 Oktober 2017. Dua kategori telah dipertandingkan. Kategori berpasukan telah dimenangi oleh pasukan dari alumni Diploma in Business Studies (DBS). Sementara kategori individu dimenangi oleh Diploma in Planting Industry Management (DPIM).







Persatuan-Persatuan Alumni UiTM Bergabung

BENTONG, 29 Oct: Persatuan-persatuan alumni cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara akan bergabung di bawah satu payung tahun depan.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICEAN) UiTM Profesor Dr Zaini Abdullah berkata langkah melibatkan 13 kampus negeri dan kampus utama di Shah Alam itu menjurus kepada pewujudan Persekutuan Alumni UiTM.
Read more...

AGM 2017 NOTICE

Salams to Alumnis of UiTM Perlis

Time has come for the annual general meeting of our beloved Persatuan Alumni UiTM Perlis to be held with the details as follows:

Venue: Cherengin Hills Convention and Spa Resort Janda Baik, Pahang

Date: 28 October 2017

Time: 3 pm

After sitting through the AGM, a dinner reception 'Malam Bintang Lagenda' will be held at the same venue in the evening as this will


Read more...

Kejohanan Boling Uitm Perlis, 04 Disember 2016

Kejohanan Boling Alumni Uitm Perlis telah diadakan pada 4 Disember 2016 di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall. Sebanyak 18 pasukan telah bertanding. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk menggalakkan aktiviti riadah dikalangan alumni di samping dapat menjalankan hubungan silaturrahim sesama mereka.


Kunjungan Hormat ke UiTM Perlis, 14 Januari 2017

Kunjungan hormat ke atas Tuan Rektor UiTM Perlis, Encik Zailuddin bin Ariffin telah diadakan pada 14 Januari 2017 lalu di Kampus UiTM Cawangan Arau, Perlis. 

Objektif utama kunjungan/perjumpaan adalah untuk merapatkan tali silaturrahim di antara pihak alumni dan pengurusan UiTM. Selain itu juga untuk berbincang peluang kerjasama di antara UiTM dan ahli alumni.


 

 

Projek CSR - Lawatan ke Wad Pediatrik, Hospital Serdang, 4 September 2016

Melibatkan lebih kurang 70 pesakit kanak-kanak dengan pelbagai penyakit seperti demam panas, demam denggi, masalah respiratori (asthma & jangkitan kuman pada paru-paru) dan juga patah tulang kaki dan tangan.

Turut bersama menjayakan projek ini ialah Penasihat 2 Persatuan Alumni Uitm Perlis, Malaysia Dato Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman dan isteri.










AGM 2016

Mesyuarat Agung ke 6 Persatuan Alumni Uitm Perlis, Malaysia telah diadakan pada hari Ahad, 21 Ogos 2016 pukul 3 ptg di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Off Jalan Damansara 60000 Kuala Lumpur.

Majlis telah dirasmikan oleh Rektor Uitm Cawangan Arau, Perlis, Tuan Zailuddin Ariffin.



















Kejohanan Golf Amal, 21 Ogos 2016

Kejohanan Golf Amal Persatuan Alumni Uitm Perlis tetlah diadakan pada hari Ahad, 21 Ogos 2016 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).






NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 6/2016

Y.B., Y.Bhg. Dato’/Datin, Tuan-Tuan & Puan-Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 6/2016

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Ingin dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UiTM Perlis, Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung ke 6. Y.Bhg. Tan Sri Dato Seri  Dr. Arshad Ayub akan turut serta. Y.B.


Read more...

VIDEO KOMPILASI

Ini adalah video kompilasi aktiviti-aktiviti Alumni UiTM Perlis yang lepas. Ia dilakukan dengan penuh suasana kekeluargaan...


AGM 2013

Mesyuarat Agung Ketiga di Intekma Resort & Convention Centre pada 30 Mac 2013.







BOWLING 2012

Sukan Santai bersama-sama Alumni UiTM Perlis disamping mengeratkan talian silaturrahim.