pengenalan
Tanpa institusi keramat ni, siapalah "budak-budak itu" hari ni?
Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA, Perlis Malaysia (No 2139-11-SEL) telah didaftarkan dengan Pertubuhan Malaysia pada 3 hb Mei 2011 sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persatuan yang telah diluluskan.
Ianya diterajui oleh Puan Hajah Shamsun binti Abd. Majid selaku Presiden Pertama Persatuan.
Penaung Persatuan Alumni ini adalah YBhg Professor Dr Mohamad Hariri bin Haji Abdullah yang merupakan Mantan Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM Shah Alam.
Mesyuarat Agung Tahunan pertama telah diadakan pada 21 hb Mei 2011 bertempat di kampus UiTM Arau, Perlis, sewaktu berlangsungnya Konvokesyen ke -2 UiTM Perlis 2011.
Sekarang Presiden Persatuan Alumni UiTM Perlis ialah Cik Zarina binti Ahmad manakala Penasihat Persatuan ialah Tuan Haji Abd Latiff bin Mohd. Tahir.
Objektif Penubuhan
- membantu pelajar baru yang memerlukan bantuan kewangan dalam pengajian mereka.
- sebagai platform untuk alumni menjayakanaktiviti
Keahlian
Yuran Tahunan sebagai ahli persatuan hanya RM50.00 setahun atau pun boleh memilih opsyen untuk menjadi Ahli Seumur Hidup dengan bayaran sebanyak RM500.00 sekali bayar (boleh dibayar secara ansuran). Untuk ahli baru selain daripada Yuran Tahunan RM50.00, tambahan sebanyak RM10.00 dikenakan sebagai Yuran Pendaftaran.
Faedah Menyertai Persatuan Alumni
- ahli dapat menyertai & menjalankan aktiviti-aktiviti dirancang Persatuan bersama-sama
- Mencipta jaringan hubungan dikalangan ahli
- melakukan amal jariah dengan membantu pelajar-pelajar UiTM Perlis yang memerlukan bantuan
- melakukan amal jariah dengan membiayai kos pengajian pengajian mereka melalui sebahgaian daripada duit Yuran Tahunan Ahli sebanyak RM50.00
sejarah kampus
UiTM Perlis merupakan kampus cawangan UiTM yang terbesar dan antara yang tertua. ITM cawangan Perlis telah dirasmikan pada 5 Julai 1974 dengan pengambilan pertama seramai 258 orang pelajar. Kursus awal yang ditawarkan ialah 1 program persediaan dan 5 program diploma, iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Sains Kesetiausahaan, Diploma Pengurusan dan Perindustrian Ladang dan Diploma Pengurusan Perniagaan. Pada masa itu, kampus ITM Cawangan Perlis menumpang di sebuah Rumah Pengakap yang diubahsuai di Jalan Padang Katong, Kangar. sebagai kampus sementara. Asrama-asrama pelajar pula merupakan rumah-rumah perseorangan yang disewa di sekitar Kangar oleh pengurusan ITM. Sementara itu, perancangan untuk pembinaan sebuah kampus tetap telah dimulakan.
Hasilnya, upacara perletakan batu asas di kampus tetap di Arau telah dilakukan pada 27 Julai 1978 oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Al- Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. Pada tahun 1980, ITM Cawangan Perlis telah berpindah secara rasmi ke kampus tetap di Arau di atas sebidang tanah seluas 335 ekar yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perlis.
Bermula daripada tahun 1999, kampus ini telah dikenali sebagai UiTM Perlis.